Monday, March 30, 2009

Stay cool..be ALIVE

Assalamualaikum... apa khabar semua? Harap2 semua sihat belaka (walaupun yang sedang baca mungkin seorang sahaja, tapi tetap nak panggil semua).

Hari ini, di luar cuacanya sangat cantik, langitnya biru, awannya jarang-jarang... mentari cerah menerangi, tetapi entah kenapa, angin yang bertiup masih dingin seperti masih subuh..ahh mungkin hendak hujan agaknya...

Saya pernah mendengar sebuah talk yang secara tidak sengaja, di'download' dari internet. ku sangkakan nasyid..rupa2nye.. penashid itu punye talk..haha..tapi tak apa.. memang sangat terkesan dengan talk penasheed itu. Ia membuat saya berfikir.."Ha'aa la"...
Dia kata, kita sebagai manusia, diciptakan menjadi makhluk yang terindah, boleh membuat apa sahaja yang tidak mampu dilakukan oleh makhluk lain. Hiduplah seperti seorang manusia, manfaatkan kehidupan, gunakan akal untuk mendalami alam, mendalami cinta para nabi dan Rasul, mendalami uniknya perangai dan ragam manusia. Mengapa dia kata begitu?

Sebab jika kita lihat sekarang ini.. kebanyakkan yang bergelar 'homo sepiens' ini ibarat makhluk bernyawa yang mati.. hidupnya hanya untuk hiburan.. hiburan yang bagaimana? Bayangkan seorang yang sedang mendengar walkman.. baring di atas katil... dan terangguk2 sorang2...adakah dia sedang berhibur?

bayangkan pula seorang yang sedang duduk di depan komputer, sedang main PC games.. (yang ana tak pasti apa nama dia)..statik dan kaku..adakah dia sedang berhibur?

bayangkan pula..anda masuk ke sebuah pawagam.. yang didalamnya..ada dalam..ermm (berapa orang yea?)..beberapa orang yang ramai..masing2 pasif, 'fokus' pada sebuah skrin yang besar.. dengan mata tidak berkelip..adakah mereka sedang berhibur???

Seram memikirkan apabila memikirkannya..

Jadilah sesuatu yang hidup..yang bergerak..yang mampu merubah bentuk muka bumi.. yang mampu merubah bentuk masyarakat..jika mahu berhibur..berhiburlah dengan hiburan yang LAYAK bagi seorang manusia...hiburan yang menyegarkan minda, menajamkan akal, menguatkan jasad, menenangkan hati...

Kita makhluk yang Allah letakkan tinggi darjatnya... janganlah kita sia-siakan dengan hiburan yang sementara...

No comments: