Showing posts with label peringatan untuk diri. Show all posts
Showing posts with label peringatan untuk diri. Show all posts

Monday, March 30, 2009

Stay cool..be ALIVE

Assalamualaikum... apa khabar semua? Harap2 semua sihat belaka (walaupun yang sedang baca mungkin seorang sahaja, tapi tetap nak panggil semua).

Hari ini, di luar cuacanya sangat cantik, langitnya biru, awannya jarang-jarang... mentari cerah menerangi, tetapi entah kenapa, angin yang bertiup masih dingin seperti masih subuh..ahh mungkin hendak hujan agaknya...

Saya pernah mendengar sebuah talk yang secara tidak sengaja, di'download' dari internet. ku sangkakan nasyid..rupa2nye.. penashid itu punye talk..haha..tapi tak apa.. memang sangat terkesan dengan talk penasheed itu. Ia membuat saya berfikir.."Ha'aa la"...
Dia kata, kita sebagai manusia, diciptakan menjadi makhluk yang terindah, boleh membuat apa sahaja yang tidak mampu dilakukan oleh makhluk lain. Hiduplah seperti seorang manusia, manfaatkan kehidupan, gunakan akal untuk mendalami alam, mendalami cinta para nabi dan Rasul, mendalami uniknya perangai dan ragam manusia. Mengapa dia kata begitu?

Sebab jika kita lihat sekarang ini.. kebanyakkan yang bergelar 'homo sepiens' ini ibarat makhluk bernyawa yang mati.. hidupnya hanya untuk hiburan.. hiburan yang bagaimana? Bayangkan seorang yang sedang mendengar walkman.. baring di atas katil... dan terangguk2 sorang2...adakah dia sedang berhibur?

bayangkan pula seorang yang sedang duduk di depan komputer, sedang main PC games.. (yang ana tak pasti apa nama dia)..statik dan kaku..adakah dia sedang berhibur?

bayangkan pula..anda masuk ke sebuah pawagam.. yang didalamnya..ada dalam..ermm (berapa orang yea?)..beberapa orang yang ramai..masing2 pasif, 'fokus' pada sebuah skrin yang besar.. dengan mata tidak berkelip..adakah mereka sedang berhibur???

Seram memikirkan apabila memikirkannya..

Jadilah sesuatu yang hidup..yang bergerak..yang mampu merubah bentuk muka bumi.. yang mampu merubah bentuk masyarakat..jika mahu berhibur..berhiburlah dengan hiburan yang LAYAK bagi seorang manusia...hiburan yang menyegarkan minda, menajamkan akal, menguatkan jasad, menenangkan hati...

Kita makhluk yang Allah letakkan tinggi darjatnya... janganlah kita sia-siakan dengan hiburan yang sementara...

Thursday, March 26, 2009

The niat...

Assalamualaikum...

Suatu perkongsian:

Sufyan ats-Tsauri berkata: Saya tidak pernah menguruskan sesuatu yang lebih sukar daripada menguruskan niat saya, kerana ianya selalu berubah-ubah.

Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: "Apakah pandangan tuan tentang seorang lelaki yang berperang supaya mendapat pahala dan nama?" Jawab ar-Rasul s.a.w:"Dia Tidak mendapat apa-apa. Sesungguhnya Allah tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ia benar-benar ikhlas dan untuk mencari keredhaan Nya".

Ibn Mubarak: "Adakalanya amalan yang kecil diperbesarkan oleh niat. Dan adakalanya juga amalan yang besar diperkecilkan oleh niat".

...hmm..teringat kisah Imam Hassan al-Banna susun kerusi tu ek..

Friday, February 6, 2009

when things get complicated...i wonder...

Bismillah..assalamualaikum...

alhamdulillah.. i am facing sooooooooo many things that sometimes rasa macam, tak tahu nak bwt apa... rasa nak 'lari' kejap from situasi nie... take a deep breath 4 a few times... and 'selam' balik untuk lihat sebenarnya apa yang berlaku...

teringat talk seorang hajah semalam (tak tahu nama dia sbb dgr IKIM kejap je masa dalam kete)... every part of kehidupan kita ini, sentiasa akan didatangkan dengan ujian.. at some part.. kita rasa kita tak sanggup and nak collapse je.. tapi jangan ingat yang we have to strive it alone... Allah beri ujian pada kita... dengan 'talian hayat' yang saaangat banyak. Rabb.. yang menciptakan.. yang memelihara.. menjaga makhluk2 yang Dia ciptakan ... kene selalu ingakan diri untuk ingat pada Dia...spt dalam al-Baqarah ayat 152

Maka ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu



Mungkin bagi orang lain.. dalam menghadapi perkara2 tertentu, tidaklah seberat mana... tetapi... hmm.. lepas tamrin hari tue..(yang duluuuuuuu punye) ana simpulkan mmg situasi ana lain dari orang lain... susah untuk mereka mendalami perkara ini, kemungkinan besar.. situasi Allah beri pada mereka tidak sama.. rasanya tak perlu untuk di ungkapkan apa... cukup Allah sebagai pendengar segala isi hati..bukan begitu?
I just hope kita sama2 saling doakan masing2.. sahabat2 thabat dalam jalan ini...ana pasti, semua sekarang tengah menghadapi saat yang getir, masing2 tabah menghadapi, masih setia dan patuh walaupun dengan segala amanah dan tuntutan.. dgn project, 'anak2' masing2, coursemates, family..semua ini menuntut waktu untuk kita bersama dengan mereka...bila fikir balik.. nie masih tyme bujang ...sekarang kita begini..siapa tahu tahun2 akan datang..adakah kita masih sama? ...


Ya Allah! Tuhanku, Kami memohon syurga dan segala apa yang boleh mendekatkan kami kepadanya dengan ucapan atau amalan. Dan Kami berlindung diri denganMu dari neraka dan segala apa yang boleh mendekatkan kami kepadanya dengan ucapan atau amalan. Kami memohon ampunan dari segala yang menyebabkan tergelincirnya kami dari jalanMu, wahai Tuhan yang Luas PengampunanNya...

Monday, December 22, 2008

Aku yang semakin tua..a birthday entry..

Assalamualaikum...=)

apa khabar semua.. harap semua2 sihat belaka...jasad dan hati..insyaAllah...well.. i guess im not 21 anymore...
last Friday 19th December..was my 22nd birthday... kami sekeluarga celebrate simple2 je... [malu kalau celebrate besar2an...]


through out the day, i kept thinking... kejap je dah 22 ek.. rasa cam baru je masuk 20..(tanak percaya yang ana da tua..huhu)..bukan apa..terfikir...we celebrate the year that we have been living.. tapi if we know the years that we are left to live.. would we celebrate it the same way?... rasa terngiang2 je mama pernah cakap suatu masa dulu...akan tiba suatu masa, bila rumah cakap selamat tinggal, dan kubur panggil selamat datang...


waktu tu ..hanya amalan yang menjadi teman dan ruang... kalau baik amalan kita.. cantik lah teman kita dalam kubur..kubur kita luas dan cantik ibarat taman2 syurga..jika amalan kita tidak seberapa..na'uzubillahi min zaalik..ya Allah, minta jauhkanlah...


(tazkirah untuk DIRI SENDIRI especially...)..walaubagaimana pun.. alhamdulillah, Allah still gives me the chance to live, perbaiki diri... doakan kita semua dapat gunakan peluang hidup ni dengan sebaiknye...amiiin

bawah nie gambar my birthday cupcake...hidang dengan cornflake cookies, yang salut dgn gula, madu dgn butter...bithday girl buat sendiri sebab teringin nak makan...;P
mama ckp...dah abis raya baru nak buat kuih raya...hihi.. bukan apa.. klau buat untuk raya, gerenti tak dapat hidang untuk org punye.. mesti yang tukang buat kuih n konco2 yang habis kan...=)

thank you mama buatkan kek yang comel nie...jazaka ayah for the 'makan luar' special to celebrate and jazakillah hu khairan tu all, my family..atuk nenek yang jauh..my sepupu's yang nun jauh di mata.. sahabat2 yang sempat me'wish'kan my birthday and mendoakan hanah dunia akhirat..thank u very much for ur thoughts...yang belated pun tq juga...

tak lupa pada sahabat2 yang sanggup luangkan their saturday with me at jusco tmn u (jangan gelak kay...i know..dekat sangat) to get together ramai2...for ME...love u guys...=)o0ps... love u gurls...haha

i guess next time jumpe u all ana, and kite semua dah abis degree kut..harap2 nye begitu lah yea... untuk budak2 uiA...happy back to school.. blajar rajin2... niat kerana Allah... make every second of ur life as an ibadah lillahi...

p/s: walaupun ana dah 22.. tapi tak lama lagi nanti antunna nak naik 23 pulak kan kan kan??
;P